Muqaddimah Cetakan Edisi ke-6

September 14, 2009

Segala Puji Hanya Bagi Allah, Selawat dan Salam keatas penghulu kami Muhammad saw dan juga ke atas keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda.

Maka sesungguhnya ahli-ahli fiqh  syariah islam yang dikasihi Allah yang Maha Tinggi menyediakan bagi kita sebuah ilmu pengetahuan yang tinggi darjatnya, besar faedahnya, yang tidak pernah ada bandingan baginya samada pada umat-umat terdahulu mahupun pada hari ini. Itulah ilmu pengetahuan yang dipanggil  ilmu usul al-fiqh.

Tujuan penyediaan ilmu ini, penerangannya, penjelasan tanda-tandanya, sisi-sisinya dan makna-maknanya adalah sebagai khidmat untuk Islam iaitu dengannya kita dapat memahami kitab Allah dan sunnah RasulNya, mengeluarkan hukum daripada teks-teks Al-Quran dan Hadith serta daripada sumber-sumber yang lain yang diperakui dengan berpandukan kaedah-kaedah dan makna-makna ilmu ini.

Sesungguhnya saya telah menulis beberapa tahun yang lepas artikel-artikel mengenai ilmu yang mulia ini untuk pelajar-pelajar tahun empat di fakulti hak-hak di universiti Baghdad.

Dan sesungguhnya saya telah mengumpulkan artikel-artikel ini ke dalam sebuah buku yang bernama al wajiz fi usul al-fiqh (Ringkasan Ilmu Usul Al-Fiqh). Sesungguhnya saya telah menambah pada edisi-edisi cetakan yang lalu apa yang saya lihat berguna daripada pembaikpulihan dengan cara penambahan, pengurangan, pembetulan dan pengcontohan. Dan itulah keadaan manusia pada apa yang ditulisnya: Mereka hampir-hampir tidak menulis sesuatu melainkan mereka akan lihat kekurangan pada tulisan mereka pada hari-hari seterusnya. Dan ini adalah diantara salah satu tanda besar kekurangan manusia dan kelekaannya, dan Allah sahajalah yang mempunyai kesempurnaan yang tidak ada batasnya dan kebanyakan manusia tidak memahami hakikat ini.

Hello world!

September 14, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.